Now You Can Book Your Ride Online. Book Now!
icon-search
icon-search

Perjalanan e-hailing yang lebih selamat

Perjalanan e-hailing yang lebih selamat

Suka atau tidak, COVID-19 telah banyak mengubah kehidupan kita – dari cara kita bekerja,
berhubung, mahupun berjalan. Salah satu pengajaran utama yang dapat kita semua pelajari
dari pandemik ini ialah betapa pentingnya untuk kita sentiasa berhati-hati dan menitik
beratkan kebersihan – terutamanya apabila kita berkongsi tempat awam. Walaupun kita
digalakkan untuk duduk di rumah sebanyak mungkin, ada masanya kita masih perlu untuk
keluar dan bergantung kepada pengangkutan awam, seperti perkhidmatan e-hailing untuk
membawa kita ke sesuatu lokasi.


#Pilih perkhidmatan e-hailing yang membuat nyahkuman

Walaupun tiada regulasi yang mewajibkan kenderaan untuk dinyahkuman, pengguna
perkhidmatan e-hailing digalakkan untuk memilih operator yang kerap membuatnya.
PICKnGO contohnya, bekerjasama dengan MUDAcare untuk memastikan kenderaan mereka dinyahkuman secara menyeluruh. 

Mereka menggunakan salutan khas yang diperbuat dari cecair nanoscale titanium dioxide (N-TiO2) yang direka khas untuk membunuh virus,bakteria dan kulat. 

Cecair tersebut digunakan di atas pelbagai permukaan kenderaan
menggunakan penyembur elektrostatik. N-TiO2 juga tidak beracun dan terbukti bukan sahaja dapat membunuh mikroorganisma, tetapi juga memberikan perlindungan yang bertahan lama sehingga enam bulan.


#Sentiasa memakai pelitup muka
Walaupun jumlah kes di negara kita masih terkawal, tetapi buat keselamatan sejagat, anda
haruslah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan pastikan anda memakai pelitup muka apabila anda di luar setiap masa. 

Di PICKnGO, kesemua pemandu kami telah diberikan pelitup muka dan sanitizer, jadi jika anda mendapati ada di antara pemandu kami yang tidak memakainya, beritahu kami!

#Pilih tanpa tunai
Menurut World Health Organization (WHO), wang kertas mempunyai kebarangkalian yang
lebih tinggi untuk menyebarkan penyakit COVID-19 kerana wang kertas sering bertukar
tangan, menjadikan ia medium yang menarik pelbagai jenis bakteria dan virus. 

Untuk kekal selamat, pastikan anda memilih transaksi tanpa tunai setiap kali anda perlu membuat bayaran.

PICKnGO menerima pembayaran dari kad kredit (Visa/Mastercard) serta pelbagai e-wallet,
seperti TouchNGO, Boost, AliPay dan WechatPay.


#Turunkan tingkap
Pengudaraan yang baik boleh mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Oleh itu, jika perlu,
anda harus tahu bahawa anda dibenarkan untuk menurunkan tingkap untuk memastikan
pengudaraan yang baik. 

COVID-19 mungkin amat berbahaya tetapi jangan risau, ini semua pasti akan berlalu jua satu hari nanti. 

Sementara itu, kehidupan harus diteruskan dan selagi kita menempuhnnya dengan
penuh hati-hati, tiada sebab untuk kita risau! 

Kami harap dengan semua tips yang
dikongsikan di atas dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk menggunakan
perkhidmatan e-hailing dengan lebih yakin dan tenang. Dengan itu, jaga diri selalu!



Older post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.